Sembahyang

Sembahyang itu mencegah perbuatan keji dan mungkar!

Thursday 11 August 2011

Lagu tema Imam Muda 2011 (lirik)

HAMBAMU
[ Mawi / Akhil Hayy / Imam Muda 1,2 ]
[ Lirik/Lagu: Edry Abdul Halim ]



Mawi
Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Akhil Hayy
Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Ilahi
Kelak pasti akan ditemui

C/O (dua-dua)
Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku
HambaMu Allah

Owh ho owh ho
Hambamu Allah
Owh ho owh ho

Mawi
Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa

Akhil Hayy
Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Ilahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku
HambaMu Allah

Allah... (2x)

Dengan restu Ilahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku
HambaMu Allah


Video:
---> Klik untuk video clip Hambamu di Youtube!

Sunday 31 July 2011

MENCARI KETENANGAN HATI…

Ketenangan itu dicapai melalui zikrullah. Namun zikrullah yang bagaimana dapat memberi kesan dan impak kepada hati?  Baca seterusnya...

Selamat Datang Ramadhan

Ramadhan al mubarak kembali lagi. Alhamdulillah kita masih berpeluang menemuinya. Moga diberi kekuatan  untuk menyempurnakan ibadah Ramadhan yg terbaik pada tahun ini. Amin...



source: http://milosuam.blogspot.com/2011/07/berhati-hati-kurma-jenama-jordan-river.html#ixzz1Th1N9IGJ

Thursday 2 June 2011

Seminar Didik Rakyat

Koperasi smk k krau temerloh bhd telah dipelawa oleh Bank Rakyat Jerantut bagi menghantar pelajar (anggota) ke seminar didik rakyat PMR di SMK Temin Jerantut pada bulan lepas. Alhamdulillah koperasi menghantar 30 orang pelajar tingkatan 3  menghadiri seminar tersebut. Diharap ia dapat membantu pelajar menghadapi PMR 2011. Terima kasih kepada Yayasan BR dan Bank Rakyat.
Cuma menanti jika ada tawaran Seminar Pelajar Cemerlang Bank Rakyat Jengka pula pada Jun ini. Jika dijemput pelajar tingkatan 4 pula yg berpeluang. Insyallah.

Harga petrol TURUN...


Oil price cut

Published: June 2, 2011
The government has reduced the prices of petroleum products: petrol by Rs 1.70 per litre, kerosene oil by Rs 5.05 per litre, and high speed diesel by Rs 3.20 per litre. It is notable that this cut was made only after the decrease in the international market and is not the outcome of the government’s love for the masses. 
Berita lanjut....klik Oil price cut
indonesia lah ingat ke Msia...

Tuesday 10 May 2011

Audit Dalaman 1 / 2011.

Makluman kepada bendahari & setiausaha,
Audit akan diadakan pada 18 Mei 2011  utk tempoh 1Jan-  30 Apr 2011. Mohon menghantar bahan utk JAD sebelum tarikh tersebut.Bahan yg perlu dikemukakan ialah:
Bendahari  
  1. Buku tunai
  2. Ringkasan BT
  3. Penyata Bank
  4. Penyata Penyesuaian Bank ( dlm BT)
  5. Baucer bayaran
  6. Resit & buku cek/keratan cek
Setiausaha   : 
  1. Senarai ALK, JAD dan AJK
  2. Perancangan 2011
  3. Minit mesyuarat agung tahunan
  4. Minit mesyuarat ALK
  5. Laporan aktiviti.
Pastikan bahan tersebut disemak dan dikemaskini  sebelum dihantar. TQ
JAD.

Friday 6 May 2011

Guru temerloh hebat...

Aduan guru dalam BH , sila klik utk baca

Guru jalankan tugasan luar terpaksa tinggal di asrama  


Pengorbanan guru ...Dengan harapan pelajar menjadi... membantu menyumbangkan untuk membangunkan ummah dan negara ke arah kesejahteraan dunia akhirat...


Tuesday 3 May 2011

STATISTIK

             KOPERASI SMK KUALA KRAU TEMERLOH BHD
 STATISTIK PENCAPAIAN
 Mula membayar dividen 20% sejak tahun 2002.
 Tahun        Keuntungan            % dividen        Jumlah Dividen
2005           29,043.00               20%               9,586.00
2006           28,077.00               20%               9,524.00
2007           25,070.00               20%             10,344.00
2008             7,283.00               10%               3,940.00
2009           30,720.00               21%                7,828.00
2010           29,071.00               20%               11,347.00






Sunday 1 May 2011

kakitangan bank diculik?

berita lanjut sila klik dibawah,,,
http://greenboc.blogspot.com/2011/05/kakitangan-maybank-disyaki-diculik.html
Moga beliau tidak diapa-apakan, selamat dan dibebaskan segera..Amin...
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul...Harap keluarganya sabar dan tawakal setelah berusaha... Manusia merancang dan Allah merancang...Tetapi perancangan Allah lebih baik bagi orang yg mengetahui...

Nasi lemak?

Koperasi SMKKK Bhd tak jual nasi lemak. Tapi...
Untuk jaga kesihatan kurangkan gula dan garam, banyak makan buahan dan sayuran, Makan malam sebaiknya sebelum maghrib ( matahari tenggelam). Makan Nasi dalam sukatan 1 cawan untuk satu hidangan,Kurangkan makanan bergoreng, (minyak), santan dan berlemak. Jika makan telor ayam seminggu 3 biji sahaja... Elakkan miniman bergas... Banyakkan senaman, sekurang-kurangnya 30 minit 3 kali seminggu. Banyakkan solat sunat disamping yg wajib...dan DOA...Insyallah badan sihat...

Thursday 21 April 2011

Mesyuarat Agung 2011

Mesyuarat Agung Tahuanan 2011 telah berlansung dengan lancar pada 21 Apr 2011.
Majlis dipengerusikan oleh S/U, Pn Shrifah Shaida Fatimah dan mesyuarat agung dipengerusikan oleh Naib Pengerusi Koperasi En Saifuddin Harun.
(Pengerusi, Pn Pengetua tidak dapat hadir bersama kerana menghadiri Program JPN Pahang.)
Mesyuarat dihadiri oleh semua AJk koperasi, guru-guru, kakitangan sekolah dan pelajar kelas 4 Ak, 4 St dan 4 K 1 yang menjadi anggota koperasi.
Mesyuarat agung turut dihadiri Pn Suria Abd Aziz , Unit Pengembangan SKM Temerloh. mewakili Suruhanjaya Koperasi Malaysia  Temerloh.





 

Terima kasih kepada semua AJK yg terlibat dan semua anggota yang hadir pada majlis tersebut.
Majlis ditangguhkan pada 1.45 pm.

Tuesday 19 April 2011

Jualan Harian

Jualan diadakan setiap hari masa rehat MR 10.10-10.30 dan rehat MA 10.50-11.10 pagi.
Pengurus Jualan dan AJK sibuk melayan kerenah anggota2 setiap masa.
Teruskan membeli di koperasi moga koperasi kita terus maju dan untung...

Monday 18 April 2011

Laporan Aktiviti

Semua Anggota, ALK atau AJK yg mewakili koperasi bagi sesuatu aktiviti/program hendaklah menyediakan laporan bertulis yang perlu dikemukan kepada SU untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan..
Ini selaras dengan Perkara 77 (1), Undang-undang Kecil Koperasi SMK K Krau Temerloh Berhad .

Di antara perkara penting yg perlu dimasukkan dalam laporan ialah, Nama anggota yg terlibat, Tarikh, Tempat, Anjuran, Kos Perbelajaan yg ditanggung Koperasi, Kepentingan kepada koperasi dan lain-lain yang berkaitan dengan aktiviti tersebut.

Thursday 14 April 2011

ANUGERAH

PENCAPAIAN
1. ANUGERAH KOPERASI SEKOLAH TERBAIK
Sempena Hari Koperasi Negara 2006
Peringkat Negeri Pahang oleh JPK.
2. KOPERASI SEKOLAH 5 BINTANG HKS 2006 Peringkat Kebangsaan oleh Angkasa






Tuesday 12 April 2011

Kursus IDT419 Asas membangunkan blog

Alhamdulillah, saya telah menghadiri kursus membangunkan blog di MKM Petaling Jaya,
pada 11 hingga 13 April 2011.
Terima kasih MKM, Pensyarah Pn Rosidah, En Faiz, Tok Penghulu En Ismail dan rakan-rakan...

Memasukkan Marquee

Cara-cara memasukkan marquee
  1. Pergi ke laman hypergurl.com/marquee.html
  2. pilih kod yg dikehendaki
  3. Klik kanan atas teks yg dipilih, klik copy
  4. Pergi ke blogger, design, klik add gadget, pilih html/java
  5. Masukkan tajuk klik kanan di kawasan bawah dan paste
  6. Klik save
  7. Utk ubah teks pergi ke edit , cari teks yg asal delete dan taip teks yg baru
  8. Hanya delete tek sahaja JANGAN delete kod yg lain....

SELAMAT DATANG

Assalamualaikum wrh wbr ?
Selamat datang ke blog Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Krau Temerloh Berhad