Sembahyang

Sembahyang itu mencegah perbuatan keji dan mungkar!

Tuesday 6 November 2012

Selamat Berpindah

Tahniah kepada seorang AJK Koperasi kita yg telah berjaya memohon berpindah ke luar daerah. Pn Faridah yang banyak menabur bakti kepada Koperasi SMK Kuala Krau Bhd terutamanya ketika beliau sebagai bendahari pada 2009/2010. dan AJK sehingga hari ini....Beliau seorang yang sangat komited dengan tugasnya, banyak memberi sumbangan dalam memajukan koperasi....Koperasi kehilangan seorang guru yang sukar dicari ganti...
Moga beliau terus cemerlang dan gemilang, bertugas ditempat baru...Terima kasih tak terhingga  daripada koperasi SMK Kuala Krau Bhd, Jasamu dikenang....

Monday 16 July 2012

SELAMAT DATANG RAMADHAN BULAN BARAKAH
Moga puasa kita tahun ini lebih baik drp sebelumnya....
Moga ramadhan kita dipenuhi dengan zikir, ibadah, taubat dan ilmu, Insyallah...

Friday 6 July 2012

Astarfirullahalazim...


Supermarket .... buat promosi Carlsberg sempena Ramadhan


05 Jul 2012
PETALING JAYA: Langkah sebuah pasaraya di Sri Petaling membuat promosi arak Carlsberg dengan meletakkannya 'Ramadhan Sale' menyemarakkan darah umat Islam menjelang Ramadhan ini.

Iklan itu yang kemudiannya dimasukkan dalam facebook sekejap sahaja sudah menerima puluhan komen dari pengguna laman sosial itu.

Posting gambar iklan ini dibuat melalui facebok milik Lajnah Penerangan Dppsa (Dewan Pemuda PAS Shah Alam) dan beberapa pemilik lagi  telah mendapat pelbagai reaksi dari orang ramai.

Ramai yang marah-marah namun ada juga yang agak rasional dengan berkata, mungkin ianya dibuat oleh orang Bukan Islam yang tidak faham.

Oleh itu, mereka yang terjumpa iklan sebegini sepatutnya terus membuat bantahan kepada pihak pengurusan pasaraya ini.

Iklan ini seumpama promosi daging babi panggang yang dibuat oleh akhbar MCA, The Star dalam bulan Ramadhan yang lalu.

The Star telah menerima amaran ekoran penyiaran itu.

Namun pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus juga memberi amaran apabila The Star membuat satu lagi kesilapan apabila menyiarkan tulisan dan gambar penyanyi Amerika, Erika Badu yang bertatu nama Allah di dadanya yang telanjang.

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/11490-the-store-buat-promosi-carsberg-sempena-ramadhan

Tuesday 12 June 2012

Mesyuarat agung Tahunan 2012.
Koperasi smk k krau berhad akan mengadakan mesyauarat agung tahunan pada 14 Jun 2012 di Dewan Asrama, SMk K Krau.
Ia dijangka dihadiri wakil pegawai SKM Temerloh.
Semua anggota dijemput menghadirkan diri ke mesyuarat tersebut.

Di antara agenda nya ialah pembentangan laporan kewangan tahun 2011, pembahagian untung, cadangan pelaburan dalam Kopsya dan Bank Rakyat serta lain2.
Dividen syer dijangka dicadangkan sebanyak 20% daripada syer saham.
Terima kasih...

Monday 26 March 2012

Dividen 20%

Alhamdulillah, Bank rakyat baru sahaja dilaporkan mengumumkan dividen+bonus 20% yg terdiri drp dividen tunai 15% dan bonus syer saham 5% bagi tahun kewangan 2011. Dividen tunai akan dimasukkan dlm akaun bank pelanggan manakala bonus akan ditambah pada syer saham anggota. Tahniah Bank Rakyat.
Koperasi SMk K Krau pun tak lama lagi maklumkan dividennya, agak lumayan juga mungkin sama macam tahun2 lepas , sama ngan bank rakyat....2*.%

Thursday 22 March 2012

Aktiviti Yayasan Bank Rakyat

Pelajar2 yg ibu bapa menjadi anggota Bank Rakyat rebutlah peluang
seminar upsr, pmr dan spm PERCUMA oleh yayasan BR seluruh Malaysia,
juga PROGRAM KEPIMPINAN PELAJAR CEMERLANG serta Program kesihatan utk Ting 4 . Isi borang di http://www.yayasanbankrakyat.com.my/sub.php?page=2&sub=listevent&app=newdate&type=DESC

Wednesday 8 February 2012

Persidangan Angkasa

 Persidangan Negeri Pahang Zon 2 dijadualkan pada 7 Mac 2012 Sri Malaysia Temerloh
Persidangan Kebangsaan pada 26 Mei 2012 di PWTC KL