Sembahyang

Sembahyang itu mencegah perbuatan keji dan mungkar!

Undang-undang Kecil

Undang-undang Kecil Koperasi

Undang-undang kecil Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Krau Temerloh Berhad adalah Satu dokumen penting yang memberi garis panduan tentang pengurusan dan pentadbiran koperasi. Ia menjelaskan lagi apa yang dinyatakan  dalam Akta Koperasi 1993 dan Peraturan.
Anggota:
Semua penuntut ( pelajar) berdaftar, guru dan kakitangan sekolah boleh menjadi anggota Koperasi ini dengan modal minimum RM5.00 dan Fi masuk RM1.00.
Mesyuarat Agung Tahunan:
Hendaklah diadakan tidak lewat daripada 6 bulan berakhir tahun kewangan.
Notis Mesyuarat Agung hendaklah diberi kepada anggota dalam tempoh tidak kurang daripada 15 hari sebelum mesyuarat. 
Notis Mesyuarat Agung hendaklah diberi kepada SKM dalam tempoh tidak kurang daripada 30 hari sebelum mesyuarat.
Minit mesyuarat hendaklah direkodkan dan diserahkan kepada SKM dalam tempoh 30 hari selepas mesyuarat.
Minit mesyuarat hendaklah ditentusahkan oleh 4 org anggota lembaga dan 6 org anggota yg HADIR.
Anggota Lembaga Koperasi:
Hendaklah mengandungi 15 orang iaitu 1 Pengerusi, 4 orang Guru/kakitangan dan 10 orang Pelajar.
Semua ALK hendaklah mengosongkan jawatan setiap mesyuarat agung dan boleh dilantik semula.
Jika berlaku kekosongan jawatan perlantikan hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari daripada kekosongan tersebut.
Mesyuarat Lembaga pertama hendaklah diadakan sebaik sahaja selepas mesyuarat agung dan mesyuarat berikutnya sekurang-kurangnya sekali dalam 3 bulan.
Jawatankuasa Audit Dalaman:
Hendaklah mengandungi 3 orang iaitu 1 orang Guru/Kakitangan dan 2 orang pelajar.
Tempoh memegang jawatan adalah 1 tahun dan boleh dilantik semula oleh mesyuarat Lembaga.
Jika berlaku kekosongan jawatan, perlantikan hendaklah diadakan dalam tempoh 30 hari daripada kekosongan jawatan. Audit sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 3 bulan.