Sembahyang

Sembahyang itu mencegah perbuatan keji dan mungkar!

Laporan JAD

KOPERASI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KUALA KRAU TEMERLOH BERHAD.

LAPORAN JURU AUDIT DALAMAN TAHUN KEWANGAN 2010

Kepada ALK dan semua anggota Koperasi SMK Kuala Krau Temerloh Bhd,

1. Audit telah dilaksanakan 4 kali sepanjang tahun kewangan 2010 iaitu seperti berikut:
Tarikh audit Tempoh kewangan
1.1 Kali 1 : 21/5/2010 1 Jan - 15 Mei 2010
1.2 Kali 2 : 25/10/2010 30 Apr – 31Ogos 2010
1.3 Kali 3 : 31 Jan– 2 Feb 2011. 1 Sept – 31 Dis 2010
1.4 Kali 4: 25 Feb 2011 Keseluruhan 2010.

2. Sepanjang kerja-kerja audit dijalankan, Pengurusan Koperasi memberi kerja sama sepenuhnya kepada JAD.
3. Saranan dan pandangan telah dikemukakan sepanjang audit dijalankan.
4. Pihak ALK telah mengambil tindakan yang sewajar bagi saranan dan pandangan JAD seperti membuat pembetulan, pelarasan dan sebagainya.
5. Semua fail yang mengandungi Baucer bayaran, Buku Tunai, Ringkasan BT, Resit rasmi, Penyata Bank, Invois telah dilengkapkan dan mematuhi Akta, Peraturan dan Undang-undang Kecil Koperasi.
6. Semua perbelanjaan dan penerimaan adalah munasabah dan mengikut prosedur yang berkenaan.
7. Pengurusan aset diuruskan dengan baik.
8. Pengurusan pentadbiran dan aktiviti boleh diperkemaskan lagi. Minit-minit mesyuarat hendaklah dikemukakan kepada pihak SKM mengikut ketetapan. Semua laporan aktiviti hendaklah disimpan oleh setiausaha.
9. Pengurusan keanggotaan juga boleh dipertingkatkan. Rekod-rekod keluar masuk anggota perlu diperkemaskan bagi memastikan akaun yang tepat dan munasabah.
10. Secara keseluruhannya pengurusan adalah baik dan mematuhi Akta, Peraturan dan Undang-undang Kecil Koperasi.

Sekian.Terima kasih

Disediakan oleh :
Juru audit dalaman ,
Koperasi SMK Kuala Krau Temerloh Bhd.
10 April 2011.
http://koopsmkkrau.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment