Sembahyang

Sembahyang itu mencegah perbuatan keji dan mungkar!

Thursday 21 April 2011

Mesyuarat Agung 2011

Mesyuarat Agung Tahuanan 2011 telah berlansung dengan lancar pada 21 Apr 2011.
Majlis dipengerusikan oleh S/U, Pn Shrifah Shaida Fatimah dan mesyuarat agung dipengerusikan oleh Naib Pengerusi Koperasi En Saifuddin Harun.
(Pengerusi, Pn Pengetua tidak dapat hadir bersama kerana menghadiri Program JPN Pahang.)
Mesyuarat dihadiri oleh semua AJk koperasi, guru-guru, kakitangan sekolah dan pelajar kelas 4 Ak, 4 St dan 4 K 1 yang menjadi anggota koperasi.
Mesyuarat agung turut dihadiri Pn Suria Abd Aziz , Unit Pengembangan SKM Temerloh. mewakili Suruhanjaya Koperasi Malaysia  Temerloh.





 

Terima kasih kepada semua AJK yg terlibat dan semua anggota yang hadir pada majlis tersebut.
Majlis ditangguhkan pada 1.45 pm.

Tuesday 19 April 2011

Jualan Harian

Jualan diadakan setiap hari masa rehat MR 10.10-10.30 dan rehat MA 10.50-11.10 pagi.
Pengurus Jualan dan AJK sibuk melayan kerenah anggota2 setiap masa.
Teruskan membeli di koperasi moga koperasi kita terus maju dan untung...

Monday 18 April 2011

Laporan Aktiviti

Semua Anggota, ALK atau AJK yg mewakili koperasi bagi sesuatu aktiviti/program hendaklah menyediakan laporan bertulis yang perlu dikemukan kepada SU untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan..
Ini selaras dengan Perkara 77 (1), Undang-undang Kecil Koperasi SMK K Krau Temerloh Berhad .

Di antara perkara penting yg perlu dimasukkan dalam laporan ialah, Nama anggota yg terlibat, Tarikh, Tempat, Anjuran, Kos Perbelajaan yg ditanggung Koperasi, Kepentingan kepada koperasi dan lain-lain yang berkaitan dengan aktiviti tersebut.

Thursday 14 April 2011

ANUGERAH

PENCAPAIAN
1. ANUGERAH KOPERASI SEKOLAH TERBAIK
Sempena Hari Koperasi Negara 2006
Peringkat Negeri Pahang oleh JPK.
2. KOPERASI SEKOLAH 5 BINTANG HKS 2006 Peringkat Kebangsaan oleh Angkasa






Tuesday 12 April 2011

Kursus IDT419 Asas membangunkan blog

Alhamdulillah, saya telah menghadiri kursus membangunkan blog di MKM Petaling Jaya,
pada 11 hingga 13 April 2011.
Terima kasih MKM, Pensyarah Pn Rosidah, En Faiz, Tok Penghulu En Ismail dan rakan-rakan...

Memasukkan Marquee

Cara-cara memasukkan marquee
  1. Pergi ke laman hypergurl.com/marquee.html
  2. pilih kod yg dikehendaki
  3. Klik kanan atas teks yg dipilih, klik copy
  4. Pergi ke blogger, design, klik add gadget, pilih html/java
  5. Masukkan tajuk klik kanan di kawasan bawah dan paste
  6. Klik save
  7. Utk ubah teks pergi ke edit , cari teks yg asal delete dan taip teks yg baru
  8. Hanya delete tek sahaja JANGAN delete kod yg lain....

SELAMAT DATANG

Assalamualaikum wrh wbr ?
Selamat datang ke blog Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Krau Temerloh Berhad